Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, August 26, 2014

No Comment

LOS ANGELES – Penyanyi R&B, Chris Brown dikatakan menjadi sasaran penembak di sebuah kelab malam, 10AK di Hollywood Barat, lapor akhbar MailOnline semalam.

Bagaimanapun, penyanyi berusia 25 tahun itu terselamat ketika menjadi pengacara pada parti pra-Anugerah Muzik Video MTV.

Namun dalam kejadian itu, tiga orang tercedera termasuk seorang penerbit muzik, Suge Knight, 49.

Knight terkena dua das tembakan dan cedera di bahagian perut dan lengan.

Dia kemudian dibawa ke hospital Cedars Sinai untuk menjalani pembedahan ekoran cedera parah.

Sementara itu, model dan pelakon, Tyson Beckford dan ahli kumpulan Black Eyed Peas, Apple De Ap yang turut berada dalam majlis itu berkata, mereka mendengar empat das tembakan sekitar pukul 1.30 pagi semalam.

Turut hadir dalam majlis itu ialah penyanyi terkenal, Justin Bieber serta penyanyi rap, The Game atau nama sebenarnya Jayceon Terrell Taylor.

“Ia amat mengecewakan kerana kami sebagai satu masyarakat tidak boleh bergembira tanpa sebarang pergaduhan,” kata Brown dalam akaun Twitternya.

Polis bagaimanapun dikatakan telah berjaya menahan seorang lelaki bersenjata selain menutup jalan-jalan di sekitar kelab malam itu dan menyoal siasat beberapa pengunjung. – AGENSI

0 comments:

Post a Comment