Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, August 8, 2014

No Comment

SEROTECH Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berhasrat memasarkan kit permulaan penanaman Cilibangi di pasar raya besar.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Sharifah Nur Rahimah Syed Alias berkata, buat masa ini, syarikatnya masih dalam proses perbincangan dengan pasar raya Mydin dan Tesco.

"Sekiranya kami  memasuki pasar raya, kami menyasarkan untuk meningkatkan jualan produk kami sehingga 10,000 unit sebulan hanya untuk pek permulaan benih Cilibangi.

"Setakat ini, kami menjual hanya 500 unit pek permulaan Cilibangi yang dijual melalui jualan atas talian (online)," katanya.

Menurut Sharifah Nur Rahimah, pengeluaran pek permulaan Cilibangi adalah 10,000 sebulan dan menjadi produk terlaris keluaran syarikatnya.

Beliau berkata, sebelum ini, Serotech bermula dengan menjual anak pokok Cilibangi di pasar-pasar tani sekitar Lembah Klang dan mempunyai pembeli dari seluruh negara terutamanya di Johor Bahru, Pulau Pinang dan Ipoh, Perak.

Sementara itu,  Serotech turut menjalinkan kerjasama dengan syarikat pengeluar produk berasaskan sambal, Wilayah Mak Tok Trading dengan mengeluarkan produk sambal menerusi jenama Belacan Bara Bere.

Pemiliknya, Nur Izzah Abd Rahman berkata, syarikatnya itu baru sahaja beroperasi sejak tiga bulan lalu dengan pengenalan sambal belacan Bara Bere.

"Proses Kajian dan penyelidikan (R&D) produk ini berjalan selama sebulan.

"Setakat ini, pengeluaran masih kecil kerana kami beroperasi dari rumah," katanya yang menggunakan resipi keluarganya.

Menurutnya, syarikatnya sedang mencari mana-mana individu yang berminat menjadi ejen untuk mengedarkan produknya di seluruh negara.

Mengulas mengenai aspek  jualan,  Nur Izzah berkata, pada  masa ini jualan ditumpukan hanya melalui  atas talian (online) terutamanya menerusi Facebook.

Bagaimanapun katanya, di samping itu, syarikatnya juga  akan mempelbagaikan produk berasaskan sambal pada masa depan. - Sinar Harian

0 comments:

Post a Comment