Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, August 11, 2014

No Comment

Konstabel Zakiah Aleip setakat ini sudah membuat sebanyak 42 panggilan telefon kepada keluarganya sejak dia diculik sekumpulan lelaki bersenjata di Pulau Mabul, Semporna, pada 12 Julai lalu.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abd Rahman, berkata mangsa turut berkomunikasi dengan pihak polis dan mengatakan dia kini sihat dan selamat.

“Bagaimanapun, beliau (Zakiah) tidak memberitahu di mana lokasi sebenar dia berada kerana kumpulan penculik terbabit sering berpindah kawasan bagi mengelak dikesan pihak berkuasa Filipina, katanya pada sidang media di IPK, Sabah di Kota Kinabalu, Isnin.

Menurut beliau, rundingan kini masih berjalan kerana apa yang diminta (tebusan) oleh kumpulan terbabit terlalu tinggi. “Apa yang penting Zakiah kini berada dalam keadaan selamat,” katanya.

Sebelum ini ada laporan kumpulan terbabit menuntut 10 juta tanpa dimaklumkan sama ada nilai ringgit atau mata wang asing lain.

Zakiah diculik lapan lelaki bersenjata api di Pulau Mabul, Semporna pada 12 Julai lalu.

Dalam kejadian jam 11.10 malam di Mabul Water Bungalow Resort itu, kumpulan bersenjata terbabit turut menembak mati Koperal Ab Rajah Jamuan sebelum melarikan Zakiah ke negara jiran.

Kumpulan terbabit sebelum itu dipercayai merancang penculikan terhadap pelancong di resort berkenaan, namun menyerang serta melarikan anggota polis marin berkenaan selepas mereka bertembung di jeti Pulau Mabul. –bnbbc.my

0 comments:

Post a Comment