Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, August 13, 2014


PETALING JAYA – DAP dan PKR meminta empat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) PAS memulau mesyuarat mingguan EXCO Selangor sebagai tanda solidariti berikutan pemecatan enam EXCO parti berkenaan.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, berkata beliau sudah meminta rakan sejawatannya daripada PAS, Datuk Mustafa Ali, untuk sampaikan kepada kepemimpinan tertinggi parti itu supaya memulaukan mesyuarat itu.

“Saya sudah hubungi saudara Mustafa Ali, supaya maklumkan kepada kepemimpinan tertinggi PAS supaya memulaukan mesyuarat EXCO sebagai tanda solidariti ke atas pemecatan semua EXCO PKR dan DAP,” katanya pada sidang media khas di Ibu Pejabat Keadilan di sini, sebentar tadi.

Petang tadi, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, menyatakan enam ahli EXCO terbabit dipecat serta merta kerana cuba melemahkan pentadbiran beliau.

EXCO DAP ialah Datuk Teng Chang Khim, V Ganabatirau dan Ean Yong Hian Wah manakala EXCO PKR ialah Elizabeth Wong Keat Ping, Rodziah Ismail dan Dr Daroyah Alwi.

Berikutan itu, kerajaan Selangor pimpinan Abdul Khalid hanya dianggotai empat EXCO PAS.- Berita Harian

0 comments:

Post a Comment