Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, August 9, 2014

No Comment

SHAH ALAM - Pemuda DAP (Dapsy) menggesa tindakan undang-undang diambil ke atas Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan Tantawi yang dikatakan menabur fitnah terhadap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Menurut Ketua Pemudanya, Teo Kok Seong, Nasrudin bukan sahaja gagal meminta maaf kepada Guan Eng malah beliau turut didakwa mengkhianati perikatan PR yang terjalin selama ini.

“Kenyataan yang dikeluarkan oleh Nasrudin langsung tidak memberi manfaat kepada PR khususnya ketika krisis Menteri Besar yang sedang berlaku di Selangor, malah ia memburukkan lagi imej parti.

“Kelakuan tersebut boleh disifatkan sebagai satu pengkhianatan oleh beliau terhadap persepakatan yang didukung oleh DAP, Pas dan PKR,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pada 6 Ogos lalu, Nasrudin melalui sebuah status yang dimuatnaik melalui laman Facebook miliknya mempertikaikan mengapa Guan Eng tidak dikritik oleh pemimpin PR yang lain berhubung projek pembinaan terowong di negeri itu ketika Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dibidas berhubung cadangan pembinaan satu lebuh raya di Selangor yang mencetuskan kontroversi.

Kenyataan tersebut telah mengundang kemarahan pelbagai pihak dan beliau kemudiannya diberikan tempoh masa selama 24 jam untuk memohon maaf kepada Guan Eng namun Ketua Pemuda Pas Pusat itu enggan berbuat demikian.

Keengganan beliau untuk berbuat demikian menyebabkan Guan Eng memfailkan saman fitnah ke atas beliau.

Menurut Kok Seong, sungguhpun kebebasan suara dan perbezaan pandangan diterima dalam perikatan tersebut, Nasrudin tidak boleh sewenangnya mengeluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan fitnah dan perpecahan ke atas perikatan tersebut.

“Kami berasa kecewa dan kesal terhadap beliau. Beliau mengkhianati semangat setiakawan Pakatan Rakyat dengan menabur fitnah terhadap Guan Eng dan kerajaan negeri PKR di Pulau Pinang.

 “Demi menjaga maruah dan menegakkan integriti Guan Eng serta seluruh pimpinan PKR di Pulau Pinang, maka Dapsy menyokong penuh tindakan undang-undang ke atasnya,” katanya lagi. - Sinar Harian

0 comments:

Post a Comment