Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, August 29, 2014


GEORGE TOWN, 28 Ogos (Bernama) -- Pelaksanaan undang-undang daun ketum di bawah Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dijangka dapat dilaksanakan dalam tempoh tiga bulan pertama tahun depan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata warta berhubung peruntukan undang-undang khusus untuk daun ketum di bawah Akta Dadah Berbahaya itu telah diserah kepada Peguam Negara untuk ditandatangani.

"Pada 19 Ogos, Menteri Kesihatan (Datuk Seri Dr S. Subramaniam) telah menandatangani warta supaya daun ketum diletak dalam jadual Akta Dadah Berbahaya dan warta itu telah dihantar kepada Peguam Negara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Gejala dan Bahaya Penggunaan Daun Ketum di sini pada Khamis.

Beliau berkata penggunaan daun ketum sebelum ini diletak di bawah Akta Racun dan tindakan meminda kesalahan itu di bawah Akta Dadah Berbahaya adalah bagi membolehkan tindakan undang-undang lebih ketat dikenakan terhadap pesalah daun ketum.

Negara perlu mempunyai undang-undang yang lebih ketat berkaitan penyalahgunaan dadah jenis itu memandangkan penggunaannya yang semakin meluas sehingga ke Sabah dan Sarawak dan boleh merosakkan generasi akan datang, katanya.

Wan Junaidi berkata di bawah Akta Racun, mereka yang didapati terlibat dalam memproses daun ketum hanya dikenakan denda sehingga RM10,000 yang dilihat tidak memberi kesan kepada masyarakat kerana pulangan daripada kegiatan memproses daun ketum boleh mencapai sepuluh kali ganda daripada jumlah itu.

"Jumlah rampasan daun ketum oleh pihak berkuasa juga sentiasa meningkat iaitu pada tahun 2012 sebanyak 5.22 tan daun ketum dirampas dan jumlah itu meningkat kepada 7.87 tan pada tahun 2013 dan sehingga Ogos 2014, sebanyak 6.9 tan daun ketum dirampas," katanya.

Beliau berkata dengan penguatkuasaan bahan itu di bawah Akta Dadah Berbahaya, mereka yang didapati bersalah juga boleh dikenakan hukuman penjara dan sebat.

Sehubungan itu, Wan Junaidi meminta agensi-agensi terlibat dalam penguatkuasaan mengadakan sesi penerangan seperti seminar kepada masyarakat berhubung hukuman yang lebih berat untuk penyalahgunaan daun ketum itu.- BERNAMA

6 comments:

  1. Kenapa daun ketum ni perlu diharamkan??
    Jangan sampai 1 masa nanti saintis barat jumpa kebaikan daun ni, dan generasi akan datang melopong sebab tak dapat manfaat..

    ReplyDelete
  2. Daun ketum xsalah...yang salah orang yg menyalahgunakan daun ketum ni...

    ReplyDelete
  3. kalau mabuk minum benda ni, haram jugak la woi. beer? masyaallah. wine? astagfirullah. babi? haram woi. ketum? mana ada salah apa2.

    Mungkin satu hari nanti saintis jumpa kebaikan ketum? "They ask you about intoxicants and gambling: say, "In them there is a gross "ithm" (sin), and some benefits for the people. But their sinfulness far outweighs their benefit." 2:219

    Babi pun sumber protein yang murah. Kenapa kalau bab babi kita melayu pantang. tapi bab khamar atau rokok kita buat tak tau?

    "In 1975, there was an isolated report of serious adverse effects such as psychosis, convulsions, hallucinations, and confusion, among five individuals who had used kratom daily for 10–35 years"

    "Three case reports document deaths involving kratom. Other drugs were used in all cases, and in one, kratom was speculated to possibly be the primary cause of death"

    cukup la 2 contoh keburukan ketum.

    ReplyDelete
  4. bangang punya undang2,, arak lagi jauh bahayanya dari ketum,, tapi mmg banyak kebaikkan untuk kesihatan daun ketum ni.. kalau nak cegah penyalahgunaan,tak perlu rasanya menglasifikasikan ketum yg bukan dadah ni sebagai dadah,,, bongok punya kerajaan..

    ReplyDelete