Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, August 12, 2014

No Comment

GEORGETOWN - Rupa-rupanya ada sindiket yang sanggup memperdayakan pembeli rumah kos rendah sehingga memaksa pembeli membayar antara RM10,000 hingga RM30,000 untuk tempahan.

Bagi yang terdesak untuk mendapatkan rumah sudah tentu terpedaya dengan sindiket berkenaan.

Perkara tersebut didedahkan Exco Perancangan Bandar dan Desa dan Perumahan, Jagdeep Singh Deo.

Beliau menggesa supaya pembeli tidak terpedaya dengan muslihat sindiket berkenaan yang memperdayakan pembeli rumah kos rendah dan sederhana rendah itu.

Menurutnya, sindiket berkenaan memperdayakan orang ramai dengan bertujuan meminta wang pendahuluan sebagai cara selamat bagi membolehkan rumah berkenaan berjaya dimiliki pembeli.

“Semua sindiket ini adalah palsu kerana urusan permohonan belian rumah kos rendah dan sederhana rendah ini hanya dilakukan di Bahagian Perumahan Kerajaan Negeri Pulau Pinang sahaja.

“Kemudiannya permohonan tersebut akan diserahkan terus kepada pemaju dan mereka akan menghubungi individu yang berkenaan, bukannya melalui sindiket,” katanya.

Jagdeep turut memaklumkan pihaknya sudah membuat laporan polis berhubung isu berkenaan.

Malah dia turut berterima kasih kepada anggota polis kerana mengambil tindakan segera setelah adanya aduan daripada pihak pemaju.

“Sehingga kini terdapat 50,000 pemohon rumah yang telah mendaftar di Bahagian Perumahan untuk lima daerah di negeri ini.

“Bagaimanapun keutamaan akan diberikan kepada mereka yang kurang berkeupayaan, ibu tunggal, dan juga bagi kes bencana,” katanya. - Sinar Harian

0 comments:

Post a Comment