Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, August 17, 2014


GUA MUSANG - Dua beradik nekad melawan dua lelaki dalam kejadian ragut  di Jalan Kampung Tiong, di sini, baru-baru ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.20 petang itu, Syarhidatul Fitria Wahid, 24, yang menunggang  motosikal ketika kejadian hanya cedera ringan akibat ditindih motosikal manakala adik perempuannya, Nurusyafi Ismayanti, 22, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Dua lelaki yang menunggang motosikal lesap setelah berjaya meragut beg tangan Syarhidatul Fitria yang mengandungi wang tunai RM1,350.

Menurutnya, dia bersama adiknya sedar diekori dua lelaki terbabit dan memang sudah mengesyaki bakal berdepan dengan kejadian tidak diingini.

Syarhidatul Fitria berkata, ketika melalui Jalan Kampung Tiong untuk pulang ke rumahnya di Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) Kesedar Sungai Terah, dua lelaki terbabit menghampiri mereka.

“Saya minta adik perempuan menumbuk dua lelaki  itu kerana kami berdua tidak mahu  mudah menyerah kalah, malangnya motosikal yang saya tunggang terbalik sebelum mereka melarikan beg tangan.

“Dalam keadaan paha saya ditindih motosikal terbalik itu, saya cuba bangun untuk mengejar dua penjenayah, tetapi gagal kerana mereka hilang sekelip mata,” katanya.

Syarhidatul Fitria yang bekerja di sebuah syarikat barangan elektrik di Jalan Persiaranraya Bandar ini berkata, wang tunai tersebut sebahagian besarnya milik syarikat berkenaan kerana dia baru sahaja menerimanya daripada jurujual barangan elektrik terbabit.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Saiful Bahri Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan siasatan masih dilakukan. - Sinar Harian

0 comments:

Post a Comment