Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, August 12, 2014


LEDANG – Pasaraya Econsave di Bukit Gambir terpaksa memulakan operasinya lewat daripada biasa apabila pintu utama premis itu terbakar, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.25  pagi itu, selonggok tiub getah tayar kenderaan  telah dibakar di hadapan pintu utama turut  menyebabkan papan tanda pasaraya tersebut mengalami kerosakan.

Pengurusnya, Ngo Kwee Eng  berkata, dia mengetahui kejadian tersebut selepas menerima panggilan telefon daripada dua pekerja yang bertugas waktu malam kira-kira jam 4.27 pagi.

Menurutnya, dia bergegas ke tempat kejadian dan tiba serentak bersama pasukan bomba dan pihak polis.

"Dua pekerja itu melihat cahaya dari luar pasaraya sebelum alat  penggera keselamatan berbunyi.

“Mereka bersama seorang pengawal keselamatan dan dibantu seorang orang awam bertindak awal memadamkan kebakaran menggunakan alat pemadam api sebelum dipadamkan sepenuhnya oleh pasukan bomba.

“Saya tidak mengesyaki angkara sesiapa tetapi berasa pelik kerana ia terjadi selepas  pengawal keselamatan membuat membuat rondaan rutin setiap satu jam,” katanya.

Katanya, mujur pekerja menyedari kejadian itu awal dan dapat menyelamatkan pasaraya berkenaan beroperasi pada Ogos tahun lalu daripada musnah terbakar.

Jelasnya, pemeriksaan melalui rakaman kamera litar  tertutup (CCTV) mendapati dua lelaki bertopi keledar yang menaiki kenderaan pacuan melakukan perbuatan tersebut.

“Saya membuat laporan di Balai Polis Bukit Gambir kira-kira jam 7 pagi dan menyerahkan sepenuh kepercayaan kepada pihak polis menjalankan siasatan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ledang, Superintendan Mohd Salleh Razak ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan memberitahu siasatan lanjut sedang dilakukan untuk menentukan sama ada ia berlaku akibat perbuatan khianat atau sebaliknya.

“Kita sedang mengenal pasti identiti  dua lelaki dalam CCTV  dipercayai melakukan perbuatan tersebut.

“Saksi kejadian diminta tampil untuk membantu siasatan  dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan,” katanya.- Sinar Harian

0 comments:

Post a Comment