Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, August 16, 2014

ANGGOTA forensik memeriksa kereta mangsa selepas dimaklumkan orang awam mendapati dua orang lelaki melayu dan cina berumur 30 an tidak sedarkan diri sejak pukul 7.30 malam tadi. FOTO Amir Irsyad Omar

Juru: Dua lelaki ditemui mati di dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda di sebuah stesen minyak di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Juru (arah selatan), malam tadi.

Difahamkan, kejadian disedari orang awam kira-kira jam 7.30 malam selepas melihat kedua-dua lelaki itu dalam keadaan mencurigakan dan enjin kenderaan itu masih hidup sebelum memaklumkan kepada pekerja stesen minyak berkenaan.

Pekerja stesen minyak berkenaan yang pada mulanya menyangka kedua-dua lelaki itu tidur cuba mengejutkan mereka dan menghubungi polis selepas kedua-duanya tidak memberikan reaksi.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, kedua-dua lelaki itu ditemui mati di tempat duduk pemandu dan penumpang hadapan.

"Berdasarkan siasatan awal tiada unsur jenayah ditemui dan kes mengklasifikasikan sebagai mati mengejut.

"Mayat lelaki yang berasal dari Kedah dan Melaka itu di bawa ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat," katanya. - Harian Metro

0 comments:

Post a Comment