Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, August 14, 2014

No Comment

MIRI – Dua lelaki maut manakala tiga wanita terselamat apabila kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori di Sungai Ulung, Jalan Miri-Bintulu hari ini.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Miri Supt Law Poh Kiong berkata dua mangsa yang terkorban ialah pemandu kereta Proton Iswara Sibat Janggat, 66, dari Rumah Bayie Sungai Lepong, Bakong Baram dan penumpang yang duduk di bahagian hadapan kenderaan itu, Richmond Pessera Una, 19, dari Rumah Empaga Bakong Baram.

Bagaimanapun tiga lagi penumpang kereta terbabit kesemuanya wanita yang berumur 22 hingga 60 tahun terselamat dan pemandu lori berkenaan yang berusia 41 tahun juga terselamat.

“Bomba menerima panggilan pada 11.56 pagi dan operasi menyelamat membabitkan 10 anggota bomba diketuai Ketua Balai Bomba Miri Ali Bema Jelak.

“Mangsa pertama dikeluarkan dari kereta pada 1.45 tengah hari dan terakhir pemandu kereta pada 2.26 petang,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Miri ACP Gan Tian Kee berkata siasatan awal mendapati ketika kejadian itu, kereta Proton Iswara terbabit dipandu dari arah Miri ke Batu Niah manakala lori berkenaan dari arah Batu Niah ke simpang Marudi. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment