Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, August 14, 2014


GENEVA – Virus Ebola mengakibatkan 56 orang terkorban dalam tempoh dua hari sahaja, menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 1,069 orang, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Jumlah kematian itu, yang melepasi angka 1,000 pada penghujung minggu lalu, meningkat tinggi antara 10 dan 11 Ogos.

Angka berkenaan mengesahkan bahawa jangkitan itu melompat sebanyak 128 kes dalam dua hari, menjadikan keseluruhan mereka yang dijangkiti 1,975 orang, kata agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu.

Kes baharu dan kematian didaftar di semua empat negara Afrika yang paling teruk dilanda wabak itu sejak ia dikesan empat dekad lalu.

Liberia menyaksikan 71 kes baharu dan 32 kematian baharu, manakala Sierra Leone merakamkan 53 kes baharu dan 19 lagi kematian, menurut data terbaharu WHO.

Guinea, di mana wabak itu mula tercetus pada awal tahun ini, mendaftar empat kes baharu dan empat kematian baharu.

Nigeria mencatatkan satu lagi kematian, menjadikannya tiga tetapi WHO menyatakan jumlah kes mereka yang disyaki, kemungkinan dijangkiti dan disahkan mengalami penurunan daripada 13 kepada 12. – AFP

0 comments:

Post a Comment