Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, August 10, 2014

No Comment

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini mengingatkan bakal jemaah haji di negeri ini supaya tidak berurusan dengan agensi haji yang diragui statusnya.

Baginda bertitah, ini bagi mengelak mereka dibelenggu masalah berkaitan proses perjalanan pergi atau balik sama ada di Malaysia atau Arab Saudi.

Sultan Sharafuddin turut menasihatkan bakal jemaah haji supaya menjaga akhlak, tingkah laku dan nilai budi yang tinggi sepanjang musim haji.

Baginda bertitah, mereka juga perlu membuat persiapan sebaiknya sebelum berangkat ke tanah suci kerana ibadah itu memerlukan tahap kesihatan fizikal dan kekuatan mental yang tinggi.

“Tunaikan ibadah haji dengan tertib, sabar dan mengikut peraturan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh pihak pengurusan Tabung Haji dan juga pihak berkuasa Arab Saudi,” titah baginda ketika menutup Kursus Perdana Haji Tahun 2014/1435 Hijrah Peringkat Selangor di sini, hari ini.

Titah baginda, semua bakal jemaah juga perlu sentiasa berhati-hati di Makkah yang sedang melalui proses penambahbaikan dan pembinaan bagi mengelak ditimpa insiden yang boleh memudaratkan mereka.

Mereka juga diminta menumpukan sepenuh perhatian kepada amal ibadat serta tidak membeli-belah secara berlebihan.
Pada tahun ini, 3,600 bakal jemaah haji di Selangor terpilih mengikuti kursus di bawah kendalian Tabung Haji itu sebelum berangkat ke tanah suci. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment