Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, August 12, 2014


KUALA LUMPUR – Dato Mah Siew Keong, Menteri di Jabatan Perdana Meteri menyatakan emel Yahoo peribadinya telah digodam oleh pihak yang tidak bertanggung jawab pagi ini.

Setiausaha akhbar beliau, M. Manimaran berkata, hal itu telah diketahui apabila satu emel palsu yang kononnya berasal dari emel berkenaan telah disebarkan oleh orang ramai. 

“Satu emel palsu berbentuk permohonan bantuan kewangan telah dihantar kepada semua alamat emel dalam akuan Menteri.

“Kandungan emel itu memohon penerima emel itu menyalurkan bantuan kewangan kepada Siew Keong untuk menyelamatkan diri daripada tunggakan bil penginapan hotel dan tiket penerbangan balik ke Malaysia dari Ukraine,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Manimaran menyatakan Pejabat Menteri menafikan kandungan yang ada di dalam emel tersebut dan telah memaklumkan bahawa menteri tersebut berada dalam keadaan yang selamat.

Siew Keong menyeru semoga semua pihak bertenang dan  meminta orang ramai mengabaikan emel tersebut. 
Pejabat YB Menteri telah mengambil tindakan yang sewajarnya untuk menangani masalah ini.

Satu laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras pukul 4 petang ini dan memohon polis mengambil tindakan susulan,” katanya. – SiakapKeli.com

0 comments:

Post a Comment