Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, August 23, 2014

No Comment

MANCHESTER – Kehadiran semula Robin van Persie dalam kesebelasan utama Manchester United memberi kelegaan buat pengurus, Louis van Gaal menjelang pertembungan Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Sunderland di laman lawan, esok.

Begitupun, Van Gaal yang mengharapkan kebangkitan selepas kekalahan 2-1 pada aksi pembuka tirai kepada Swansea terus dihimpit masalah kecederaan terbaru pemain tengah, Ander Herrera yang cedera buku lali mengikuti jejak Michael Carrick, Marouane Fellaini dan Jesse Lingard.

Jonny Evans, Luke Shaw dan Antonio Valencia juga dijangka bakal terlepas kunjungan ke Stadium of Light itu namun kebimbangan Van Gaal hilang apabila peledak utamanya yang diberi rehat tambahan selepas kempen Piala Dunia, Brazil kembali cergas untuk diturunkan.

“Robin bersedia untuk bermain jadi ia kelebihan yang besar untuk pasukan kami jadi saya amat gembira dia kini boleh diturunkan,” kata Van Gaal. “Secara teori, ia pasti menjadi gandingan yang amat baik (bersama Rooney).

“Mereka boleh menjaringkan banyak gol dan saya harap mereka mampu membuktikannya,” kata Van Gaal yang mengharap peminat United mampu bersabar selepas kekalahan kepada Swansea dan menggelar dirinya sebagai ‘Devil’ selepas diangkat sebagai wira ketika ketibaannya, dua minggu lalu.

Perlawanan menentang Sunderland menjadi penampilan pertama buat Van Persie di EPL sejak kekalahan 3-0 kepada Liverpool pada Mac lalu.

“Sebagai atlet, kamu tahu kamu boleh tewas perlawanan. Saya fikir pemain-pemain sudah menderita tahun lalu dan mereka bertindak balas dengan baik. Pada kempen pra-musim di Amerika Syarikat, mereka menewaskan pasukan yang baik namun saya bersetuju dengan media yang kami perlu menang perlawanan di laman sendiri menentang Swansea,” kata Van Gaal.

“Saya tahu kami perlu menang dengan pantas. Setiap perlawanan dalam EPL amat sukar, kamu perlu menang dan ia bukan mudah. Sunderland akan melakukan apasa saja, dengan sokongan peminat di tempat sendiri, ia akan menjadi perlawanan yang sukar. Namun kami perlu menang dan kami akan melakukan apa saja,” kata pengurus kelahiran Belanda itu. – AFP

0 comments:

Post a Comment