Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, August 16, 2014

No Comment

LONDON – Bintang England, Wayne Rooney percaya dia sudah bersedia memegang tanggungjawab diamanahkan jurulatih, Louis van Gaal kepadanya selaku kapten di Manchester United.

Van Gaal melantik Rooney sebagai kapten United dan akan memakai lilitan kapten itu pada perlawanan pembukaan musim baru Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Swansea di Old Trafford, malam ini.

Sebelum diberi tanggungjawab terbabit, van Gaal mengingatkan Rooney untuk menjadi contoh ikutan kepada rakan sepasukannya dan juga peminat United di dalam dan luar padang.

“Ia adalah tugas yang besar dan saya mengetahui mengenai tanggungjawab yang dibawa. Saya merasa saya sudah berada pada tahap dalam karier untuk melakukannya dan bersedia.

“Saya sudah bercakap dengan jurulatih dan dia memutuskan ia adalah keputusan yang betul untuk saya menggalas tanggungjawab ini dan saya gembira dengannya. Ia adalah kebanggaan buat saya.

“Saya akan melakukan tugas saya dengan sebaik yang mungkin dan berharap pasukan akan mencapai kejayaan,” kata Rooney.

Belajar daripada Terry dan Gerrard

Sejak 10 tahun bersama United, bekas penyerang Everton itu pernah beberapa kali beraksi selaku kapten namun inilah kali pertama dia diberikan tanggungjawab penuh seperti dipegang rakan sepasukannya di England, John Terry (Chelsea) dan Steven Gerrard (Liverpool).

“Saya pernah bermain bersama kapten yang hebat untuk kelab dan negara jadi saya akan menggunakan sedikit sebanyak apa yang saya belajar daripada mereka untuk tugas ini dan cuba membiasakan diri.

“Saya akan cuba untuk membimbing rakan sepasukan saya di atas padang dengan kerja keras, penuh dedikasi dan itulah yang kami benar-benar mahu lakukannya. Kami mahu menunjukkan kepada peminat yang kami mahu mencatat kemenangan.”

Dalam pada itu, Robin van Persie yang juga kapten kebangsaan Belanda ketika Piala Dunia, Brazil diberi tanggungjawab selaku naib kapten di United. – AFP

0 comments:

Post a Comment