Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, August 25, 2014

No Comment

SUNDERLAND: Louis van Gaal bangkit menuntut satu kemajuan drastik daripada Manchester United selepas akur permulaan musim baharu cukup memeritkan pandangannya.

Anak didiknya mengelak untuk menyamai pencapaian terburuk pada pembukaan musim sejak 1992 apabila berjaya mengutip satu mata ketika seri 1-1 dengan Sunderland, awal pagi ini.

"Segala-galanya adalah mengenai keyakinan diri ketika ini," kata van Gaal.

"Dalam pra-musim, keyakinan kami lebih baik daripada apa dilihat ketika ini. Kami bekerja keras untuk meningkatkan tahap kemajuan dan jika kami menang perlawanan berikut baharu lagi keyakinan dapat kembali."

Pengendali berasal dari Belanda itu menambah: 'Pemain ini kecewa kerana kami fikir mampu menang hari ini (Ahad). Kami hanya dapat membawa pulang satu mata dan ini tidak cukup untuk United."

Apa pun, United mendahului di Stadium of Light dengan gol daripada Juan Mata pada minit ke-17 tapi pemain Sunderland, Jack Rodwell menyamakan kedudukan.

Mengenai perpindahan bintang Argentina, Angel di Maria, pengurus berkenaan enggan menyebut apa-apa tapi berharap sesuatu positif akan berlaku untuk menguatkan kembali cabaran pasukan.

"Saya tidak dapat berkata apa-apa pasal perpindahan ketika ini. Apabila perpindahan itu beres baharu kita boleh cakap sesuatu.

"Sekarang anda perlu tunggu dan lihat. Saya tak mahu cakap apa-apa ketika ini," katanya.

Sementara itu, pengurus Sunderland, Gus Poyet bangga dengan pencapaian pemain selepas berjaya mengutip mata kedua dalam kempen kali ini.

"Kami adalah paskan terbaik untuk satu tempoh yang lama dalam perlawanan ini. Tapi ia masih satu mata berharga ketika menentang satu pasukan seperti Manchester United.

"Tapi saya percaya mereka mampu mendapat tempat empat teratas musim ini," katanya. - AFP

0 comments:

Post a Comment