Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, August 30, 2014

No Comment

LONDON – Louis van Gaal membalas kritikan atas permulaan hambar Manchester United di awal musim dan menegaskan dia adalah pilihan yang terbaik untuk mengembalikan kegemilangan Red Devils.

Sejak mengambil alih tugas selaku pengurus, United masih tercari-cari kemenangan pertama bersama Van Gaal selepas tewas kepada Swansea pada perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris (EPL) dan seri kepada Sunderland.

Ia menjadi lebih parah selepas United kemudian diaibkan kelab divisyen tiga, Keynes Dons dalam kempen Piala Liga, pertengahan minggu lalu yang menyebabkannya panas dikritik.

Meskipun tewas, Van Gaal memecahkan rekod perpindahan British dengan membawa masuk bintang Real Madrid, Angel di Maria dengan nilai STG59.7 juta (RM312.3 juta) dan bersedia untuk meneruskan misinya.

Di Maria sepatutnya dapat merasai penampilan pertama EPL menentang Bunrley, malam ini namun Van Gaal tidak menjangkakan keajaiban serta merta daripadanya selain mengakui sepatutnya lebih dihormati dengan apa yang sedang diusahakannya.

“Saya sudah membaca artikel kamu dan saya adalah ‘Raja’ di Amerika Syarikat (lokasi United mencatat lima kemenangan berturut-turut dalam ujian pra-musim),” kata Van Gaal dalam sidang media.

“Kini saya tidak lagi, namun saya adalah Louis van Gaal dengan rekod dan falsafah yang sama. Ketika saya bermula dengan pasukan kebangsaan Belanda (2012), tiada siapa yang percaya kami mampu layak (ke Piala Dunia),” katanya.

Begitupun, Di Maria bukan satu-satunya pemain berprofil tinggi yang bakal membuat penampilan pertama minggu ini kerana ‘budak nakal’ Liverpool, Mario Balotelli juga dijangka akan diturunkan ketika The Reds bertemu pendahulu liga, Tottenham, esok. – AFP

0 comments:

Post a Comment