Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, August 22, 2014

No Comment

KUALA TERENGGANU – Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Tugas-tugas Khas negeri, Ghazali Taib akan memanggil Pengarah Pelajaran Terengganu dan Ketua Sektor Hal Ehwal Murid bagi berbincang mengenai dakwaan seorang guru memukul pelajar, hari ini.

Beliau juga akan mengarahkan Pejabat Pendidikan Daerah Marang membuat laporan penuh mengenai perkara tersebut dan akan memanggil pengetua sekolah terbabit bagi mendapat penjelasan sebenar.

“Perkara ini kena siasat dahulu. Terlalu awal untuk kita menghukum guru atau pelajar sebagai bersalah dan kita akan tengok kes ini seadil-adilnya,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan Sinar Harian pada 19 Ogos lalu mengenai dakwaan seorang pelajar tingkatan empat di sebuah sekolah menengah di Seberang Marang yang pengsan akibat tengkuknya dipukul guru lelaki selepas melambaikan tangan ke arah guru berkenaan.

Mangsa, Mohd Firdaus Paudzi, 16, mendakwa sebelum dipukul, kepalanya turut dihantukkan ke kepala seorang rakan sekelasnya ketika mereka berada di koridor bangunan makmal oleh guru yang mengajar pendidikan jasmani itu.

Mengulas lanjut, Ghazali menyifatkan kes tersebut seperti ‘ada benda tidak kena’ yang membuatkan guru terbabit bertindak sedemikian namun menyerahkan urusan berhubung kekasaran guru terhadap pelajar itu kepada polis memandangkan laporan sudahpun dibuat.

Bagaimanapun beliau berkata, pihaknya tetap meneruskan siasatan dalaman untuk mendapat kepastian mengenai tindakan guru tersebut.

Dalam masa sama, beliau turut meminta pihak sekolah tidak menyembunyikan sebarang fakta supaya perkara tersebut boleh diadili sebaik mungkin.

“Pengetua perlu memberitahu perkara sebenar sama ada beliau tidak memberi perhatian kepada perkara ini atau melibatkan disiplin pelajar ataupun guru terlibat ada masalah tekanan jiwa.

“Jika guru tersebut ada tekanan perasaan, dia boleh dirujuk di bawah pengurusan sumber manusia untuk di kaunseling atau mungkin dia ada masalah lain seperti tidak selesa dengan subjek diajar.

"Jadi, kita harap perkara sebegini tidak disembunyikan,” katanya.- Sinar Harian

0 comments:

Post a Comment