Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, August 10, 2014


SYARIKAT pengeluar tudung, Fareeda Global Resources Sdn Bhd (Fareeda) memperkenalkan rekaan kerongsang baharu, Brooch Jarum Berbutang.

Pengarah Fareeda, Mawar Abdul Karim berkata, kerongsang jarum berbutang itu merupakan inovasi dalam memudahkan pelanggannya mengenakan kerongsang ditudung mereka.

“Kerongsang jarum berbutang merupakan alternatif bagi pelanggan untuk menggunakan kerongsang yang terus dijahit di tudung atau kerongsang berbutang.

“Dengan adanya kerongsang ini, ia memudahkan dan menjimatkan masa untuk ditukar dan dipakai ditudung,” katanya ketika ditemui semasa pelancaran rasmi produk itu di Butik Eksklusif Fareeda Bangi, semalam.

Menurutnya, setiap rekaan kerongsang jarum berbutang keluaran Fareeda hanya akan dikeluarkan sebanyak 2,000 unit sahaja dan 500 unit bagi rekaan eksklusif.

“Untuk reka bentuk baru kerongsang ini hanya akan dikeluarkan setiap dua minggu dan tiada ulangan reka bentuk selepas ia habis dijual.

“Untuk pengenalan kami akan memperkenalkan tiga bentuk rekaan kerongsang jarum berbutang iaitu ‘Love, Rose dan Ribbon’,” katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai jangkaan sambutan orang ramai bagi kerongsang ini, Mawar berkata, pihaknya mengharapkan sambutan yang lebih daripada pelanggannya.

“Macam saya katakan penggunaan kerongsang ini membantu menjimatkan masa dan memudahkan pelanggan kami, jadi saya berharap mereka akan teruja untuk memilikinya dan memberi sambutan yang menggalakkan,” katanya.

Kerongsang jarum berbutang ini boleh didapati di Butik Eksklusif Fareeda Bangi dan diikuti cawangan yang lain dengan harga bermula RM30 dan ke atas bergantung kepada bahan kerongsang yang digunakan.

Menariknya pelanggan boleh membeli kerongsang itu lebih daripada satu dengan pembelian mana-mana tudung Fareeda atau kerongsang. - Sinar Harian

0 comments:

Post a Comment