Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, August 10, 2014

No Comment

HAVANA – Bekas presiden Cuba, Fidel Castro menandatangani manifesto antarabangsa bagi menyokong Palestin dan mendesak Israel agar menghormati resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta keluar dari Gaza, Tebing Barat dan timur Baitulmaqdis.

Castro, yang akan berusia 88 tahun minggu hadapan, menurunkan tanda tangannya dalam dokumen ‘Mempertahankan Palestin’ yang turut ditandatangani beberapa tokoh intelek dan ahli politik, lapor akhbar Granma semalam.

Beberapa tokoh lain yang turut menandatangani dokumen berkenaan termasuk Presiden Bolivia, Evo Morales, pelukis Argentina dan Pemenang Hadiah Nobel, Adolfo Perez, penari Cuba, Alicia Alonsi dan penulis Amerika Syarikat, Alice Walker.

Manifesto itu dipromosi oleh ‘Network in Defense of Humanity’, yang turut dianggotai oleh beberapa kumpulan Latin Amerika.

Ia meminta kerajaan di seluruh dunia supaya mendesak Israel agar menghormati Resolusi 242 Majlis Keselamatan PBB, yang diluluskan selepas Peperangan Enam Hari pada 1967.

Ia menggesa Isreal supaya keluar dari wilayah terbabit yang ditawannya ketika konflik itu.
Sejak akhir-akhir ini, Latin Amerika adalah antara pihak yang paling kuat bersuara bagi mengutuk serangan Israel di Gaza, dan memberi sokongan hampir sebulat suara kepada Palestin.

Castro sendiri menuduh Israel terbabit dalam “bentuk baru fascisme” menerusi operasi ketenteraannya setiap hari.

Konflik itu mengakibatkan 1,913 rakyat Palestin terbunuh dna 67 di sebelah pihak Israel sejak 8 Julai lalu. – AFP

0 comments:

Post a Comment