Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, August 11, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR - Pelumba pelapis berbasikal negara Muhammad Firdaus Mohd Zonis melakar kejutan selepas meraih pingat gangsa pada Kejohanan Berbasikal Trek Remaja Dunia 2014 yang berlangsung di Velodrom Gwang Myeong, Korea Selatan.

Pemenang tiga pingat emas pada Kejohanan Lumba Basikal Asia (ACC) 2013 itu mencatat masa 1 minit 04.161 saat dalam acara 1km ujian masa individu lelaki yang dimenangi pelumba Republik Czech, Jiri Janosek, dengan catatan 1:02.558s.

Pingat perak dimenangi wakil Rusia Alexey Nosov, yang mencatat masa 1:04.005s, demikian menurut laman sesawang Persekutuan Berbasikal Dunia (UCI);www.uci.ch.

Adik kepada Muhammad Firdaus iaitu Muhammad Fadhil pula sekadar menduduki tangga ke-22 daripada 36 pelumba yang bertanding dalam acara berkenaan selepas mencatat masa 1:07.187s. - Bernama

0 comments:

Post a Comment