Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, August 18, 2014


KUALA LUMPUR, 18 OGOS 2014 - Penerbit filem, Gayatri Su-Lin Pillai akui wujud rasa cemburu apabila melihat kemesraan kekasihnya, Zul Ariffin bersama pelakon Ayda Jebat dalam drama Rindu Awak 200% yang sedang hangat ditayangkan di TV3.

Gayatri berkata rasa cemburu itu penting dalam setiap perhubungan cinta, namun dia akui ianya masih terkawal kerana memahami apa yang dilakukan sebahagian daripada tuntutan kerja sebagai seorang pelakon.

"Saya gembira untuk Zul kerana setelah bekerja keras dan fokus dalam bidang lakonan akhirnya dia sudah berada di tahap yang membanggakan.

"Saya akui mengikuti dan menonton drama tersebut dan saya rasa setiap pasangan perlu ada rasa cemburu kepada kekasih mereka lebih-lebih lagi melihat kekasihnya bersama wanita lain.

"Tapi kita perlu tahu apa yang dilakukan hanya untuk ditonton sebagai sebahagian tuntutan babak dalam drama tersebut dan saya sendiri memahaminya," katanya kepadamurai.com.my.

Gayatri ditemui ketika majlis pelancaran Festival Filem Malaysia ke 26 yang diadakan di Studio 1, Finas baru - baru ini.

Penerbit filem Astro Shaw itu diminta mengulas selepas ramai peminat drama bersiri yang diadaptasi dari novel itu menyukai gandingan Zul dan Ayda dan mahu mereka bersatu walapun dalam dunia realiti.

Rindu Awak 200 % masih lagi ditayangkan setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7 malam di TV3. - murai.com.my

0 comments:

Post a Comment