Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, August 14, 2014

No Comment

GENEVA: Tunang bintang Hollywood, George Clooney, Amal Alamuddin telah menolak pencalonannya untuk menyertai suruhanjaya siasatan serangan Israel ke atas Gaza, ketua Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata pada Selasa.

Baudelaire Ndong Ella, dalam satu kenyataan berkata, peguam British yang dilahirkan di Lubnan itu menyebut bahawa “komitmen profesional terdahulu dan kepakarannya dalam bidang itu tidak akan dapat membantu pihak suruhanjaya.”

Alamuddin, 36, yang mahir dalam siasatan konflik antarabangsa, telah dicalonkan pada Isnin untuk menduduki salah satu daripada tiga kerusi suruhanjaya siasatan PBB.

Beliau pernah bertugas dengan tribunal antarabangsa menyiasat pembunuhan bekas perdana menteri Rafiq Hariri, dan membantu bekas ketua PBB Kofi Annan dalam usaha damai di Syria.

Antara anak guamnya ialah bekas perdana menteri Yulia Tymoshenko dan pengasas Wikileaks Julian Assange.

Alamuddin yang fasih bahasa Arab, Perancis dan Inggeris, dilapor bakal mengahwini Clooney, 53, di Itali September ini. – AFP

0 comments:

Post a Comment