Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, August 9, 2014

No Comment

SELEPAS tersungkur di peringkat kumpulan musim lalu yang seterusnya mendorong peletakan jawatan Irfan Bakti Abu Salim, watak Gergasi Merah Kuning kini garang dengan corak permainan mudah namun menggusarkan lawan.

Hanya menang satu perlawanan, seri tiga dan tewas dua meletakkan Selangor di kedudukan tercorot Kumpulan A musim lalu di belakang Johor Darul Ta'zim II, SDFC dan ATM.

Masih diundi bersama SDFC dan berdepan pasukan baharu, PDRM dan T-Team dalam Kumpulan D bagi musim 2014, pastinya Juara Piala Malaysia 32 kali yang dibimbing Mehmet Durakovic bersedia melakar kemenangan untuk meneruskan kemaraan.

SERBA LENGKAP

Berada di tangga kedua Liga Super dan dibezakan tiga mata dengan Johor Darul Ta'zim I selaku juara pastinya watak anak didik Durakovic menghadirkan rasa gerun buat pesaing.
Memiliki penyerang prolifik, Paulo Rangel yang telah menandatangani kontrak sehingga 2016 pastinya suntikan semangat buat The Red Giants selain keserasian corak permainan diterapkan jurulatih.

Perkembangan ini pastinya menggembirakan penyokong Merah Kuning selepas Rangel membantu pasukan  muncul naib juara Liga Super musim ini selain meraih gelaran individu sebagai penjaring terbanyak dengan 16 gol.

Kelibat Andik Vermansyah juga dilihat banyak membantu perkembangan positif pasukan selain kehadiran Nazmi Faiz Mansor di bahagian tengah mampu mempelbagaikan corak serangan.

Selain itu kekentalan benteng pertahanan diterajui, Azmi Muslim, Steve Pantelidis, Rizal Fahmi Roshid , Bunyamin Umar  dan ketangkasan Farizal Marlias selaku benteng terakhir pastinya melegakan Durakovic dalam lawan.

ALASAN KUKUH

Bagi Rangel, tiada sebab dirinya menukar pasukan kerana segala-galanya berjalan dengan lancar buat diri saya dan keluarga. Malah FAS dan penyokong memberikan sokongan yang amat baik sejak awal musim ini.

“Benar saya sudah mengikat kontrak sehingga 2016 bersama Selangor dan menaruh keazaman tinggi memastikan Selangor kembali menjadi antara pasukan disegani.

"Saya mahu memenangi kejuaraan bersama Selangor, jika boleh semua piala dalam kancah domestik. Peluang diberikan ini akan digunakan sebaik mungkin untuk membantu Selangor,” katanya.

Bekas pemain kelab Muang Thong United dari Thailand itu mencipta nama apabila menyertai Perak pada April 2013 sebagai pemain pinjaman sebelum Merah Kuning bertindak pantas menandatanganinya selepas menyedari sentuhan pemusnah dimilikinya.

Rangel menjadi aset penting kepada Selangor musim ini apabila menjadi nadi setiap kali diturunkan beraksi dan ketiadaannya akibat penggantungan perlawanan terbukti memberi impak apabila mereka terlepas gelaran Liga Super ketika saingan berbaki beberapa perlawanan. - Sinar Harian

0 comments:

Post a Comment