Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, August 17, 2014

No Comment

SEMPORNA – Golongan pendidik di negeri ini perlu meningkatkan keupayaan kreativiti serta inovasi sebagai persediaan menghadapi pelbagai cabaran dalam dunia pendidikan.

Pembantu Menteri Kewangan, Datuk Ramlee Marhaban, berkata keupayaan guru menguasai bidang berkenaan akan membantu memudahkan tugas untuk mendidik pelajar.

“Bersesuaian dengan tema Guru Pencetus Kreativiti Penjana Inovasi, golongan pendidik perlu sentiasa peka dan bersedia untuk berusaha menambah ilmu-ilmu baharu.

“Usaha sedemikian akan mencetuskan perubahan malah mampu menjadikan seseorang guru lebih kreatif dan inovatif selain mendorong penjanaan idea,” katanya ketika berucap merasmikan majlis sambutan Hari Guru dan penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada 184 penerima bagi peringkat daerah Semporna 2014 di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Abdullah II, Semporna di sini, malam tadi.

Ramlee yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bugaya berkata, untuk menghadapi persaingan global yang semakin sengit, sistem pendidikan memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan sesebuah negara.

“Oleh itu golongan guru perlu komited, ikhlas dan berdedikasi dalam menjalankan peranan sebagai penggerak ke arah perpaduan nasional yang dapat menjamin kemajuan serta kemakmuran negara,” katanya.

Di majlis itu, Ramlee menyampaikan anugerah kepada Ispal Bakal dan Abdul Malik Abd Rahman yang dipilih sebagai tokoh guru. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment