Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, August 14, 2014


KUALA LUMPUR: Pada 13 Ogos lepas, seoarang Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Desaminium di Seri Kembangan dekat sini, pastinya tidak dapat melupakan detik cemas apabila seorang rakan mereka melahirkan anak di sekolah itu, semalam.

Guru itu, Rabiatul Adawiyah Ibrahim, 29, melahirkan anak ketiganya ketika sedang mengajar di sekolah tersebut, kira-kira pukul 11.30 pagi.

Menurut suaminya, Raja Abdullah Raja Jusoh, 29, yang juga seorang guru di sebuah sekolah menengah di Cheras, dia terkejut apabila mendapat panggilan daripada isterinya yang tiba-tiba mengadu rasa sakit hendak bersalin.



"Pemeriksaan doktor sebelum ini menjangkakan tempoh lahir adalah dalam dua minggu lagi. Saya lalu bergegas ke sekolah.

"Setibanya di sekolah, isteri saya telah selamat melahirkan anak perempuan dengan bantuan pengetua dan guru-guru lain. Isteri dan anak kemudian dibawa ambulans ke hospital.

"Syukurlah semuanya selamat. Saya mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang membantu," katanya ketika ditemui di Hospital Serdang, di sini hari ini.

Menurut Raja Abdullah, anaknya itu seberat 2.2 kilogram kini masih dalam rawatan pihak hospital dan di bawah pengawasan doktor. - Utusan Malaysia

0 comments:

Post a Comment