Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, August 27, 2014

Poster by SiakapKeli

Berikutan gangguan perkhidmatan astro baru-baru ini, pihak astro telah meminta maaf dan mengeluarkan kenyataan bahawa gangguan itu disebabkan kebakaran.

Akibat dari gangguan itu, pihak Astro telah mendapat kritikan ramai. Tapi sebagai tanda meminta maaf dan penghargaan kepada pengguna, pihak Astro telah membuka kesemua salurannya(kecuali perkhidmatan Astro First, Astro Best dan Astro Box Office Sports) secara percuma bermula 29 Ogos, 6 Petang sehingga 1 September, 12 malam kepada pelanggan di sepanjang hujung minggu ini.

Berikut adalah kenyataan dari Astro.

Pelanggan Astro yang dihargai,

Kami amat meminta maaf atas gangguan perkhidmatan yang berlaku pada pukul 6 petang, 24 Ogos 2014, yang telah menjejaskan siaran 78 saluran termasuk sistem telefon pusat panggilan kami. Gangguan perkhidmatan tersebut disebabkan oleh sebuah kebakaran di premis kami di Bukit Jalil.

Pihak Bomba telah segera dimaklumkan. Keselamatan kakitangan kami menjadi keutamaan, oleh itu premis tersebut telah dikosongkan. Api berjaya dipadamkan pada pukul 6.30 petang dan kakitangan bertugas hanya dibenarkan memasuki semula premis setelah dibenarkan oleh pihak Bomba pada pukul 7.30 malam.

Keutamaan kami serta-merta adalah untuk mengembalikan siaran saluran-saluran yang terjejas, diikuti dengan operasi pusat panggilan kami. Saluran TV bersiaran semula secara berperingkat, bermula 8.30 malam dan kesemua saluran bersiaran semula pada pukul 11.00 malam. AOTG dan IPTV turut kembali seperti biasa tidak lama selepas itu. Pusat panggilan kami kembali beroperasi pada pukul 8.45 malam.

Kami bersyukur tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku. Insiden ini sedang disiasat dan tindakan yang wajar akan diambil.

Sekali lagi, kami memohon maaf kepada semua pelanggan atas gangguan perkhidmatan yang dialami. Terima kasih atas kesabaran semua dan sebagai tanda penghargaan, kami akan membuka kesemua saluran untuk dinikmati oleh para pelanggan (kecuali perkhidmatan Astro First, Astro Best dan Astro Box Office Sports) di sepanjang hujung minggu ini iaitu dari Jumaat 29 Ogos, 6.00 petang sehingga Isnin 1 September 2014, 12.00 tengah malam.



Post by Astro.

Selamat memulun channel Astro sampai habiss - SiakapKeli.com

6 comments:

  1. Bagaimana pula dengan Negeri Sabah Dan Sarawak

    ReplyDelete
  2. Sabah Serawak simpanan tatap, apa boleh buat!!!

    ReplyDelete
  3. Kitchen cabinet murah lembah klang call abdullah 0162350903. ..

    ReplyDelete
  4. Not fair la, semenanjung shj ni. Sabah Sarawak?

    ReplyDelete
  5. kelakar pengomen ni. yg tlis smjg tu tuan punye blog. bc la betol2 yg kenyataan astro tu..
    xdpt info tepat trus mau tembak.. haiyoo...

    ReplyDelete
  6. hmm... dah 30 hb x de pun......tipu je

    ReplyDelete