Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, August 22, 2014


BANDAR GAZA: Hamas dilaporkan membunuh 18 orang penduduk Gaza yang disyaki bersubahat dengan Israel dalam serangan tentera rejim Yahudi sepanjang enam minggu lalu ke atas wilayah yang dikepung itu.

Menurut saksi, 11 daripada mereka ditembak mati di sebuah bekas bangunan balai polis manakala tujuh lagi ditembak di tengah khalayak ramai dalam keadaan kepala ditutup dengan kain dan tangan terikat.

Hukuman itu dijalankan selepas solat Jumaat, lapor sebuah laman web yang pro kepada Hamas.
Sehari sebelum itu, hukuman sama dijatuhkan ke atas tiga warga Palestin yang juga disyaki bersubahat dengan Israel.

Tindakan ini menyusul operasi tentera Israel yang membunuh tiga komander Hamas termasuk dua orang yang terlibat dalam penculikan Gilad Shalit pada 2006 serta cubaan membunuh komander Briged Al-Qassam, Mohammad Deif. Mohammad terselamat daripada serangan itu tetapi isteri dan anaknya maut. -- Agensi

1 comments: