Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, August 30, 2014

No Comment

DOHA – Pemimpin Hamas, Khaled Meshaal kelmarin menolak sebarang cubaan untuk melucutkan senjata pejuang Islam Palestin di Gaza seperti yang dituntut oleh Israel.

Dalam satu kenyataannya, Meshaal berkata, senjata pejuang Palestin itu ‘suci’.

“Senjata pejuang Palestin itu suci dan kami tidak akan menerima ia dijadikan agenda dalam mana-mana rundingan pada masa hadapan dengan Israel,” kata Meshaal pada satu sidang akhbar di sini di mana beliau hidup dalam buangan.

Israel sebelum ini bersetuju untuk membenarkan kemasukan bahan binaan dan barangan lain bagi membina semula Gaza jika Hamas melucutkan senjata mereka.

Perang selama 50 hari dengan Israel yang berakhir Selasa lepas telah menyebabkan banyak infrastruktur di wilayah Palestin itu musnah atau rosak teruk.

Namun, Meshaal berkeras bahawa Hamas tidak akan sekali-kali melucutkan senjata.

“Isu ini tidak boleh dirunding. Tiada sesiapa boleh melucutkan senjata Hamas,” katanya. – AFP

0 comments:

Post a Comment