Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, August 21, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Harapan untuk melihat wakil negara dalam saingan separuh akhir acara lelaki Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia CIMB 2014 di sini tidak kesampaian.

Pada perlawanan suku akhir di pusat membeli-belah NU Sentral di sini hari ini, pemain nombor dua negara Mohd Nafiizwan Adnan gagal meneruskan kemaraan apabila kalah kepada pemain pilihan utama Mohamed El Shorbagy.

Pemain Mesir itu hanya mengambil masa 31 minit untuk mencatatkan keputusan mudah 11-5, 11-9 dan 11-3 untuk berjumpa dengan rakan senegara Tarek Momen pada saingan separuh akhir esok .

Mohd Nafiizwan mengakui El Shorbagy, selaku pemain nombor tiga dunia, telah menampilkan persembahan baik walaupun beliau memperagakan aksi yang sebaik mungkin.

“Gelanggang agak licin dan ia menyakitkan kaki saya. Banyak pemain turut mengadu mengenainya. Saya perlu mendapatkan pandangan ahli fisioterapi sebelum berlepas untuk Terbuka Hong Kong pagi esok.

“Rasa sakit ini agak membimbangkan kerana perlu bersedia untuk Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan, bulan depan,” kata pemain berusia 28 tahun itu.

Dalam pada itu, Tarek terpaksa bertarung selama 74 minit sebelum menundukkan pemain daripada pusingan kelayakan, Mahesh Mangaonkar dari India dengan keputusan 11-7, 4-11, 11-8, 2-11 dan 11-6.

Dalam satu lagi perlawanan, pemain Hong Kong, Max Lee akan berdepan dengan Borja Golan dari Sepanyol.

Max menempah slot separuh akhir selepas mengejutkan pemain Mesir, Karim Abdel Gawad 15-13, 10-12, 11-6, 6-11 dan 11-8 dalam perlawanan selama 71 minit manakala Borja menyingkirkan pemain Finland, Olli Tuominen 11-6, 11-2, 9-1 dan 11-1 dalam satu lagi perlawanan suku akhir. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment