Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, August 16, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR: Baru saja diumumkan Dafi sebagai paling ramai pengikut Instagram di kalangan artis kelahiran Akademi Fantasia (AF), giliran Heliza Helmi pula pantas meninggalkan Dafi di belakangnya.

Artis AF musim lima itu mempunyai 221,000 pengikut manakala Dafi seramai 164,000 pengikut.

Ditanya perihal ini kepada gadis bertudung itu, beliau sendiri tidak tahu kenapa ramai yang mengikuti perkembangannya di Instagram.

"Saya pun kurang pasti kenapa ramai yang ikuti perkembangan saya di Instagram. Apapun saya bersyukur sangat jika ada yang suka saya di Instagram.

"Bagi saya media sosial ini memberikan ini satu platform yang bermanfaat untuk kebaikan saya dan orang ramai.

"Kebiasaannya apa yang saya kongsikan di laman sosial seperti aktiviti seharian dan saya terbabit dengan program motivasi, perundingan imej, forum, usrah, kata-kata yang memberikan inspirasi, aktiviti kemasyarakatan, keluarga, perniagaan, kembara dan kerjaya seni," katanya kepada BH Online.

Kini Heliza antara artis yang aktif melakukan kerja amal dan tanggung jawab sosial dengan badan bukan kerajaan (NGO) seperti Aman Palestin bagi isu Gaza selain Muslim Care.

"Saya juga terbabit dengan latihan berkaitan pembentukan imej, motivasi dan forum. Saya juga sedang menyiapkan album berunsur dakwah. antara lagu yang dah siap Jom Zikir dan La tahzan. Saya juga tengah membikin album dengan Salima Habibi berkisar Nabi Muhammad S.A.W.

"Saya juga menjual produk air mineral Jom Minum dan siapa yang berminat boleh hubungi 03-90811234," katanya. - Berita Harian

0 comments:

Post a Comment