Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, August 8, 2014

No Comment

ALOR SETAR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mendapat petunjuk bagi membantu mengesan pihak yang dipercayai telah menghina Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dalam laman sosial Facebook baru-baru ini.

Pengerusi SKMM, Datuk Mohamed Shahril Mohamed Tarmizi berkata, pihaknya akan terus membantu pihak berkuasa dalam siasatan kes berkenaan dan petunjuk-petunjuk yang diperoleh merupakan satu perkembangan yang positif.

“Beberapa petunjuk yang diperoleh dapat menghampirkan kita kepada usaha mengesan pihak tidak bertanggungjawab itu,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Penawaran Jalur Lebar 4G oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di sini, Jumaat.

Beliau mengulas perkembangan siasatan kes pemilik akaun Facebook Chandra Lawan Tetap Lawan yang didakwa telah menghina Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah baru-baru ini.

Katanya, SKMM juga sedang mengenal pasti sama ada pihak berkenaan bertindak secara berseorangan atau berkumpulan, namun tidak menjelaskannya secara terperinci kerana bimbang ia akan mengganggu siasatan.

Mohamed Shahril turut meminta mana-mana pihak atau orang ramai yang mempunyai maklumat mahupun bukti-bukti berkaitan kes itu agar menyalurkannya kepada pihak SKMM.

0 comments:

Post a Comment