Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, August 15, 2014

No Comment

KUALA TERENGGANU – Hotel bertaraf tiga bintang, Felda Residence Kuala Terengganu menyasarkan seramai 25,000 pengunjung dari dalam dan luar negara menginap di hotel itu tahun ini.

Pengurus Kanan Felda Residence, Azhar Sanusi berkata, 70 peratus daripada sasaran itu ialah pelancong domestik manakala selebihnya pelancong asing.

“Kita jangka jumlah pelancong yang akan menginap di hotel ini tahun ini bertambah 1,000 orang berbanding tahun lepas 24,000 orang.

“Ini berikutan pelbagai promosi telah kita lakukan selain beberapa tarikan dalam kalendar pelancongan oleh pihak pelancongan Terengganu,” katanya kepada Bernama ketika ditemui pada majlis sambutan hari raya anjuran hotel berkenaan di sini, hari ini.

Turut diraikan seramai 50 orang anak-anak yatim dan Orang Kurang Upaya (OKU) dari Taman Sinar Harapan, Bukit Besar di sini.

Beliau optimis dengan peningkatan sasaran pelancong itu kerana ia berdekatan dengan Pulau Warisan di Kampung Cina, Taman Tamadun Islam (TTI) serta Pasar Payang.

Azhar berkata, pelancong luar negara yang paling ramai menginap di hotel itu tahun lepas ialah dari Arab Saudi, China dan juga Singapura.

Menurutnya, kebanyakan pelancong menjadikan Hotel Felda Residence sebagai persinggahan sebelum mereka ke pulau peranginan, terutama Pulau Redang.

Hotel Felda Residence Kuala Terengganu yang mempunyai 180 bilik dengan kos pembinaan RM30 juta merupakan anak syarikat Felda Travel.

Ia mula dibina pada 2007 dan beroperasi hujung 2008 yang mempunyai ketinggian 20 tingkat, merupakan hotel tertinggi di bandar ini setakat ini.

Sebanyak 44 buah bilik di hotel itu menghadap ke Sungai Terengganu manakala 56 bilik lagi menghadap ke bandar Kuala Terengganu.

Beliau berkata, sempena bulan kemerdekaan, hotel itu menawarkan harga promosi serendah RM180 satu bilik. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment