Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, August 12, 2014

No Comment

GUA MUSANG – Hukuman penjara ke atas penyanyi dikir barat terkenal di Kelantan rentak bollywood, Mohd Hafiz Jeffri, 28, atau lebih dikenali `Kajol’ yang berbaki 11 hari lagi ditangguhkan Mahkamah Rendah Syariah di sini, pagi semalam.

Permohonan penangguhan yang dibuat peguam bela tertuduh, Che Nur Intan Nazuha Che Mohd Norodin pada 6 Ogs lalu, didengar Hakim Syarie, Zabaidi Sulaiman sebelum rayuan hukuman itu ke Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Kelantan.

Bagaimanapun, Zaibidi mengenakan ikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin ke atas Mohd Hafiz sebelum dibebaskan dan jika gagal dikenakan tahanan reman sementara menunggu bayaran jaminan itu, tetapi tertuduh membayar wang ikat jamin berkenaan.

Keputusan dibuat selepas Mahkamah Rendah Syariah meneliti semua kandungan permohonan itu, walaupun ada beberapa kecacatan diperjelaskan tetapi menggunakan budi bicaranya membuat keputusan berkenaan.

Mohd Hafiz yang berasal dari Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Kuala Betis, di sini, menjalani hukuman penjara selama 20 hari bermula 22 Julai lalu.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Syarie Negeri Kelantan, Ramlee Abd Rahman.

Pada 22 Julai lalu, Mahkamah Rendah Syariah menjatuhkan hukuman penjara enam minggu dan denda RM1,000 ke atas Mohd Hafiz yang mengaku salah terhadap pertuduhan lelaki berlagak perempuan ketika ditahan sepasukan Penguatkuasa Agama Islam Gua Musang di Padang Perumahan Felda Aring Enam pada jam 11.45 malam, 7 Mei lalu.

Tertuduh berlagak seperti perempuan dengan berambut panjang berwarna coklat, bibir bergincu merah, berpakaian perempuan berwarna hitam serta memakai coli berwarna hitam, bersubang telinga dan memakai beg tangan perempuan.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 7 Kanun Jenayah Syariah No.2/85 Negeri Kelantan dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-dua sekali.

Mohd Hafiz melakukan kesalahan itu kali ketiga dalam tempoh empat tahun, termasuk kesalahan pertama dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Pasir Mas pada 10 Ogos 2010, Mohd Hafiz dikenakan hukuman denda RM1,000 atau penjara dua bulan jika gagal membayar denda.

Kesalahan kali kedua, tertuduh didenda RM1,000 dan penjara sebulan oleh Mahkamah Rendah Syariah Tanah Merah pada 21 Jun 2011.

Bagaimanapun, Mohd Hafiz membuat rayuan ke Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu kerana tidak berpuas hati dengan hukuman penjara sebulan dikenakan Mahkamah Rendah Syariah Tanah Merah.

Pada 21 Jun 2012, Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu membuat keputusan menggugurkan penjara sebulan ke atas tertuduh bersyarat dengan berkelakuan baik selama setahun dan denda tetap dikekalkan RM1,000.

Zabaidi berkata, beliau amat berpuas hati dengan hujahan pendakwaan dan penguam bela Mohd Hafiz sebelum membuat keputusan penangguhan hukuman penjara ke atas tertuduh itu.

“Bagaimanapun, sayu mahu Mohd Hafiz ubah cara hidupnya dan jangan lagi berpakaian wanita (pondan) dan saya tidak menghalang melakukan persembahan dikir barat asalkan nalurinya seorang lelaki sejati,” katanya. - Sinar Harian Online

0 comments:

Post a Comment