Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, August 15, 2014

No Comment

BERNE: Penggantungan empat bulan ke atas penyerang Uruguay, Luis Suarez terus kekal kerana menggigit pemain pertahanan Itali, Giorgio Chiellini tetapi Mahkamah Timbangtara Sukan (CAS), hari ini membenarkan dia berlatih bersama skuad Barcelona.

Dalam kenyataan, CAS menyebut ia mengeluarkan klausa yang menggantung pemain berusia 27 tahun itu daripada sebarang aktiviti bola sepak berikutan rayuan daripada Persatuan Bola Sepak Uruguay (AUF) bagi pihak Suarez.

Pemain baru Barcelona itu kekal tidak dapat beraksi dalam perlawanan rasmi semasa tempoh empat bulan berkenaan dan begitu juga penggantungan sembilan perlawanan antarabangsa tidak berubah daripada keputusan asal selepas insiden itu dalam Piala Dunia di Brazil, Jun lalu.

Bagaimanapun, menurut jurucakap Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), dia boleh bermain dalam perlawanan persahabatan untuk kelab dan negara. Ini boleh membuka laluan kepadanya beraksi untuk Barcelona yang menentang kelab Mexico, Leon pada 18 Ogos ini jika dipilih. - REUTERS

0 comments:

Post a Comment