Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, August 21, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Ketua Pegawai Eksekutif PEMANDU, Datuk Seri Idris Jala menafikan beberapa laporan spekulasi yang menyebut beliau akan kembali dipilih sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Penerbangan Malaysia (MAS).

Idris yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri dipetik dalam tweetnya pagi ini sebagai berkata, beliau sudah membaca laporan online, spekulasi bahawa beliau akan kembali ke MAS.

“Saya tidak menuju ke sana, saya akan teruskan dengan tugas saya sekarang (di Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU),” katanya dalam tweet itu.

Tweet itu sebagai mengulas beberapa laporan kelmarin yang menguar-uarkan Idris dan beberapa nama lagi sudah disenarai pendek pemegang saham terbesar MAS, Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) untuk menerajui MAS yang sedang menjalani proses penyusunan semula menyeluruh.

Idris pernah menerajui MAS antara tahun 2005 dan 2009 sebelum dilantik sebagai Senator dan menggalas jawatan sekarang.

Beliau dilantik Senator pada Disember 2009 dan pelantikan itu diperbaharui pada 2012 dan akan berakhir pada September 2015.

Baru-baru Idris dilaporkan berkata, pengurusan MAS perlu mengikut Pelan Transformasi Perniagaan (BTP2) yang dilancarkan ketika beliau berkhidmat dengan syarikat penerbangan itu pada 2008.

Katanya, BTP2 mengandungi proses yang terperinci, langkah demi langkah bagi syarikat penerbangan itu untuk terus bertahan.

Selain Idris, satu lagi nama yang disebut dipilih menerajui MAS ialah Ketua Pegawai Eksekutif Axiata Group Bhd, Datuk Seri Jamaludin Ibrahim.

Khazanah adalah juga pemegang saham terbesar Axiata.

Pada 8 Ogos lalu, Khazanah mengumumkan tawaran pembayaran balik modal dengan membeli balik semua saham pemegang saham minoriti pada harga 27 sen seunit. Khazanah akan mengumumkan program lengkap penyusunan semula itu hujung bulan ini.

Penyusunan semula menyeluruh MAS dibuat selepas syarikat penerbangan nasional itu mencatat kerugian tiga tahun berturut-turut.

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2013, kerugian MAS berjumlah RM1.17 bilion, RM432.59 (2012) dan RM2.52 bilion (2011).

MAS menangguhkan pengumuman keputusan kewangan suku kedua semalam kepada 28 Ogos ini.

Syarikat penerbangan itu dijangka mencatat keputusan kewangan lebih buruk berikutan tragedi berganda membabitkan pesawat MH370 dan MH17. - BH Online

0 comments:

Post a Comment