Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, August 12, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata inovasi yang dihasilkan institusi pengajian tinggi (IPT) berperanan melonjakkan kemajuan sesebuah negara.

Malah katanya ia juga mampu mengukuhkan kedudukan negara dalam ranking daya saing global.

“Inovasi merupakan satu agenda penting negara. Sumbangan IPT negara amat besar dalam bidang penyelidikan dan ia telah banyak menyumbang kepada sistem inovasi kebangsaan.

“Aktiviti penyelidikan dan pembangunan yang giat dilaksanakan oleh IPT amat berpotensi sama ada untuk dikomersialkan atau diterapkan sebagai amalan yang sekali gus akan meningkatkan produktiviti dan kemakmuran negara,” katanya ketika berucap melancarkan program inovasi “My Second Eye” di sini, hari ini.

My Second Eye, projek kerjasama dengan Universiti Teknikal Malaysia (UTeM) dan Standard Chartered Bank (M) Berhad adalah sebahagian inisiatif tanggungjawab sosial korporat (SCR) bank yang menumpukan kepada golongan buta dan cacat penglihatan di bawah program ‘Seeing is Believing”.

Alat itu turut dilengkapi sensor atau penderia yang mampu mengimbas persekitaran dan memberi amaran kepada pengguna tentang halangan pada paras pinggang ke atas.

Alat itu mengeluarkan bunyi amaran bagi memaklumkan lokasi halangan itu dan memandu pengguna mengelakkannya.

Muhyiddin berkata alat yang dihasilkan melalui program penyelidikan UTeM itu membuka satu lagi lembaran baharu dalam inovasi negara dan dapat membantu masyarakat yang menghadapi masalah penglihatan.

“Statistik terkini menunjukkan seramai 46,875 individu cacat penglihatan yang berdaftar di Malaysia.

“Oleh yang demikian, sumbangan yang diberikan seperti ini sekurang-kurangnya boleh membantu mereka berdikari dalam menjalani kehidupan harian dengan lebih mudah tanpa terlalu bergantung dengan bantuan orang lain,” kata Muhyiddin.

Terdahulu, Pengerusi Lembaga Pengarah UTem Tan Sri Prof Ir Dr Ahmad Zaidee Laidin berkata alat itu dicipta selepas penyelidikan terperinci dan intensif didorong hasil pemerhatian bahawa tongkat putih konvensional yang digunakan golongan cacat penglihatan ketika ini mempunyai batasan tertentu.

“Seperti perumpamaan, “Keperluan adalah ibu ciptaan” dan ini telah mendorong para penyelidik kami untuk mencipta My Second Eye yang juga dikenali sebagai ‘Goggle Glass for the Blind’.

“Dengan kapasiti keupayaan sama seperti penglihatan mata normal, alat ini digunakan bersama-sama tongkat putih, menawarkan kepada pengguna bantuan 360 darjah dan perlindungan semasa bergerak di tempat awam. My Second Eye mempunyai kapasiti untuk mempermudah dan meningkatkan kualiti kehidupan golongan kurang bernasib baik,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Standard Chartered (M) Berhad Osman Morad berkata program itu disifatkan projek perintis iaitu 10 pasang alat My Second Eye disumbangkan kepada 10 penerima cacat penglihatan.

Sepanjang tempoh percubaan itu, para penerima akan berkongsi maklum balas untuk menambah baik alat itu. My Second Eye fasa kedua akan diberikan menerusi sumbangan kepada golongan cacat penglihatan, katanya. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment