Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, August 12, 2014

No Comment

Ketika suasana politik Selangor semakin meruncing ditambah kemelut percanggahan pendirian antara parti dalam PR, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tampil menyeru agar semua ahlinya bertenang.

“Isu Menteri Besar Selangor, saya menyeru kepada semua ahli supaya bertenang. Dan minta pertolongan (daripada ALLAH) dengan sabar dan sembahyang. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang orang yang khusuk.( Al Baqarah-45),” tulisnya menerusi laman sosial Facebook.

Semalam, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu dengan Abdul Hadi bagi membincangkan isu berkaitan jawatan Menteri Besar Selangor selama hampir sejam di Terengganu.

Difahamkan ia adalah susulan daripada hasil perjumpaan sebelum ini yang mahu pemimpin-pemimpin tertinggi PR mengadakan pertemuan bagi mencari penyelesaian isu berkenaan.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam mengumumkan mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk meneruskan tugasnya sebagai menteri besar selepas dipecat oleh PKR.

Abdul Khalid dilaporkan menjalankan tugasnya seperti biasa hari ini di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

0 comments:

Post a Comment