Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, August 11, 2014

No Comment

KLANG – Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tiba di Istana Alam Shah di sini, kira-kira pukul 8.45 pagi Isnin untuk menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Difahamkan Menteri Besar itu akan memaklumkan kepada Sultan Selangor mengenai kedudukannya kini selepas dipecat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Sabtu lalu.

Abdul Khalid dijangka turut menjelaskan mengenai situasi terkini politik Selangor pada mesyuarat khas Majlis Penasihat Raja-Raja yang dijadual berlangsung kira-kira pukul 10 pagi di sini.

Sebelum ini Abdul Khalid berkata beliau akan meneruskan tugasnya sebagai Menteri Besar dan dinasihatkan supaya tidak membuat apa-apa kenyataan sehingga mesyuarat Majlis Penasihat Raja-Raja selesai diadakan.

Sabtu lalu mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR sebulat suara bersetuju memecat Abdul Khalid kerana enggan berundur daripada jawatannya bagi memberi laluan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar yang baharu. - mStar Online

0 comments:

Post a Comment