Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, August 25, 2014

No Comment

SHAH ALAM – Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengesahkan akan menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung kemelut jawatan menteri besar negeri itu pada petang Selasa.

Khalid berkata, pertemuan antara beliau dengan Sultan Selangor dijadual berlangsung pada pukul 2.30 petang.

“Jumpa esok (Selasa) petang… 2.30 petang,” katanya ringkas kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan-Jabatan Negeri Selangor di sini, Isnin.

Beliau dikatakan memohon menghadap Baginda untuk meminta nasihat berkenaan jawatan yang masih disandang sebagai menteri besar.

Jelasnya, sidang media berhubung pertemuan tersebut akan diadakan pada pukul 4.30 petang itu. – mStar Online

0 comments:

Post a Comment