Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, August 26, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Cadangan penstrukturan semula Malaysia Airlines (MAS) mesti dilaksana dalam etika perniagaan dengan isu pekerja diselesaikan secara baik, kata bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam.

“Jangan bincang secara terbuka,” katanya, menambah berdasarkan pengalaman beliau isu berhubung pekerja akan bertambah kusut sekiranya dibincang secara terbuka.

Musa berkata Kesatuan Pekerja-Pekerja MAS Semenanjung Malaysia (MASEU) harus terlibat dalam pelan penstrukturan itu, namun sebarang rundingan harus diadakan tanpa pengetahuan media.

Beliau juga menasihatkan agar satu pasukan ditubuhkan bagi mengendalikan isu pekerja tersebut sehingga beroleh penyelesaian.

“Pasukan itu harus mengusulkan satu cadangan yang adil untuk kesatuan. Saya tahu bercakap lebih mudah daripada melakukannya tetapi jika anda membayar mereka dan mengadakan perjanjian pemberhentian yang memuaskan mengikut perkhidmatan masing-masing, isu ini boleh diselesaikan.

“Jika apa yang anda bayar itu kelihatan terlalu banyak, ini masih berbaloi kerana pada akhirnya anda akan membuat keuntungan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri taklimat mengenai Forum Ekonomi Islam Dunia ke-10, di sini Selasa.

Dubai akan menjadi tuan rumah forum selama tiga hari itu bermula 28 Okt ini. Antara tuan rumah sebelum ini ialah Kuala Lumpur, Islamabad, Kuwait, Jakarta, Astana dan London. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment