Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, August 13, 2014

No Comment

Kementerian Kesihatan akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) untuk menyiasat dan mengambil tindakan terhadap individu yang sengaja menyebarkan laporan palsu mengenai wujudnya virus Ebola di negara ini.

Menteri berkenaan Datuk Seri Dr S.Subramaniam berkata berita palsu yang disebarkan melalui media sosial itu amat tidak bertanggungjawab kerana ia mencetuskan ketakutan dan suasana panik kepada rakyat.

“Kalau nak main-main dalam media sosial, jangan gunakan isu-isu ini. Mereka kena faham ia akan membawa impikasi besar,” katanya dalam sidang media sebelum mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet, di sini Rabu.

Beliau mengulas penyebaran mesej serta gambar seorang kanak-kanak yang dikatakan mengalami gelembung air pada bahagian kaki akibat jangkitan awal Ebola.

“Sebagai rakyat kita mesti bertanggungjawab terhadap usaha kerajaan. Saya tidak faham apa keuntungannya dengan menyebarkan perkara sebegini, cuma mengelirukan rakyat. Ramai yang panik,” katanya.

Menurut Subramaniam, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dan Timbalan Ketua Pengarah (Kesihatan Awam) Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman turut menjelaskan kepada media mengenai situasi sebenar agar rakyat mendapat gambaran sebenar berhubung isu itu.

Sambil menegaskan risiko penularan virus berbahaya terbabit amat rendah di negara ini, beliau berkata sehingga kini tiada sebarang kes kuarantin bagi penyakit itu dilakukan.

Penyakit Ebola merupakan penyakit demam berdarah yang mencatat kadar kematian tinggi dan boleh menjangkiti manusia serta haiwan primat seperti monyet.

Sejak mula dikesan di tiga negara Afrika Barat iaitu Sierra Leone, Liberia dan Guinea pada Mac lalu, Ebola telahpun mengakibatkan lebih 1,000 kematian. ─ BERNAMA

0 comments:

Post a Comment