Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, August 8, 2014

No Comment

PUTRAJAYA – Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mengingatkan media supaya tidak melaporkan berita tidak sahih berkaitan mayat mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 untuk mengelak rasa tidak selesa kepada waris.

“Misalnya seperti laporan usaha mengenal pasti mayat mangsa kerana ia boleh menimbulkan keadaan tidak selesa kepada banyak pihak,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan Bahan Promosi Hari Kemerdekaan ke-57 di sini, hari ini.

Beliau berkata tindakan itu juga memberikan gambaran tidak tepat dan memberi harapan kepada keluarga mangsa.

Ahmad Shabery berkata kerajaan akan menyalurkan maklumat itu kepada keluarga mangsa terlebih dahulu sebelum media melaporkannya.

Penerbangan MH17, yang membawa 298 penumpang dan anak kapal, dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia terhempas di Donetsk, timur Ukraine , dipercayai ditembak jatuh, pada 17 Julai lepas.

Mereka yang terkorban termasuk 43 warga Malaysia. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment