Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, August 16, 2014

No Comment

TELOK PANGLIMA GARANG - “Saya harap kerajaan dapat mengurangkan import cili dari luar negara tetapi menggerakkan usahawan cili tempatan untuk meningkatkan pengeluaran cili negara." Demikian luahan seorang petani, Ahmad Khairul Abdullah, 39, yang mengusahakan sebidang tanah seluas satu ekar untuk tanaman cili.

Menurutnya, dia yang sudah mengusahakan penanaman cili sejak lapan tahun lalu beranggapan bidang pertanian perlu dilakukan secara bersungguh jika mahu berjaya
namun keyakinan dan percaya bahawa pertanian itu adalah satu perniagaan perlu dipegang kuat.

“Memanglah kadang kala kita rugi, tapi jika konsisten sudah pasti keuntungannya berlipat kali ganda.

“Namun, semua itu perlu ada usaha dan keyakinan yang tinggi jika tak memanglah susah nak berjaya,” katanya.

Khairul berkata, dia mempunyai sasaran 5,000 beg untuk sekali tuaian dan akan tolak kepada peraih dengan harga RM3.50 hingga RM4.00 sekilogram namun kadangkala di pasar raya dijual dengan harga mencecah RM10 sekilogram atau lebih.

Katanya, keadaan itu sebenarnya perlu diberi perhatian, lebih - lebih lagi apabila cili yang dijual itu merupakan dari luar negara.

Sementara itu, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M. Saravanan berkata, beliau membuat lawatan ke kawasan pertanian cili di Kuala Langat adalah untuk membuka mata belia-belia di Malaysia terutamanya di kalangan kaum India supaya dapat menceburkan diri dalam bidang pertanian.

Katanya, tidak dinafikan permohonan belia-belia tersebut menjadikan pertanian satu perniagaan amatlah kurang namun kerajaan berusaha mencari jalan untuk menggalakkan golongan tersebut supaya aktif.

“Buat masa ini kita masih mengumpulkan lebih ramai lagi peserta yang mahu menceburi bidang ini termasuklah pada 20 Ogos nanti di mana 91 ekar tanah bakal menjalankan aktiviti tanaman cili bagi remaja - remaja India yang terpilih.

“Dalam jangka masa tiga bulan, produk mereka bakal dipasarkan mengikut pemintaan,” katanya.

Saravanan berkata, beliau yakin galakan kepada generasi muda mengenai kelebihan bertani kian rancak dijalankan cumanya ia memerlukan sokongan daripada semua pihak termasuk keluarga.

Katanya, bayangkan mereka ini sudah menjalankan perniagaan kecil-kecilan dalam bidang pertanian sudah pasti mereka mahu pasarkan mengikut pasaran semasa. - Sinar Harian

0 comments:

Post a Comment