Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, August 28, 2014


MALAYSIA GAZETTE telah merungkai keadaan di Johor, yang mana kini sedang mengalami kepesatan pembinaan perumahan dan kesannya terhadap rakyat di negeri itu, terutamnya di Iskandar Malaysia.

Didalam artikel yang ditulis, kini terdapat satu kategori perumahan, khusus untuk golongan yang berkemampuan yang dipanggil oleh segelintir warga Johor Bharu sebagai "rumah mampu tengok". Panggilan sedemikian diberikan kerana harga yang ditawarkan jauh di luar kemampuan sebahagian besar rakyat negeri itu. 

"Harga-harga seunit kondominium yang ditawarkan oleh pemaju-pemaju itu mencecah RM800,000 bagi unit permulaan seluas 800 kaki persegi dan ke bawah manakala harga unit dengan keluasan 1000 kaki persegi dan berhadapan dengan laut pula akan melebihi RM1 juta."

"Sebab itu, saya dan penduduk JB yang lain menggelarkan kategori rumah ini sebagai 'rumah mampu tengok" kerana kita hanya mampu melihatnya dan tidak berkemampuan untuk memilikinya," menurut pekerja swasta, Hezree Abdul Samad, 35, kepada Malaysia Gazette hari ini.

Hazree yang kini sudah berumahtangga membuat jangkaan bahawa kebanyakan atau kesemua pembeli "rumah mampu tengok" berkenaan adalah dari Singapura serta China, yang dilihat berminat melabur di dalam sektor hartanah Johor. Ikuti laporan penuh di Malaysia Gazette. - SiakapKeli.com

4 comments:

  1. Kitchen cabinet murah lembah klang call / whatsapp abdullah 0162350903. ..

    ReplyDelete
  2. Kitchen cabinet murah lembah klang call / whatsapp abdullah 0162350903. ..

    ReplyDelete
  3. pfft. Orang singapore kata nak boikot macam2 Malaysia ni. Hak ptuih!!!

    ReplyDelete
  4. Siapa yg memanggil bangsat bangsat dari Singapura serta China masuk dgn meluluskan pembinaan tersebut kalau bukan bangsat Ghani Othman, bangsat Khalid Nordin dan bangsat bangsat UMNO!!!!! Org Johor nie setia x bertempat, itu ler sbbnya UMNO boleh kekal berkubu kuat di Johor.......

    ReplyDelete