Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, August 20, 2014


TAWAU – Jenazah dua anggota tentera yang maut dalam kemalangan di Sandakan semalam diterbangkan ke Kuala Lumpur pagi ini.

Antara yang hadir di Lapangan Terbang Tawau ialah Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Datuk Abdul Rashid Harun, dan Timbalannya, Brig Jen Subari Tomo.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.15 pagi semalam, Sarjan Mohd Hanif Patahur, 31, dan Prebet Ahmad Feleni Mansor, 23, meninggal dunia di tempat kejadian selepas kereta perisai Adnan yang dinaiki mereka terbalik di Jalan Sungai Tiram di Batu 19, Sandakan.

Empat lagi anggota tentera cedera dalam kemalangan yang sama, iaitu pemandu kereta perisai Mohd Faizal Ahmad, 29; Mohd Amaruddin Che Soh, 29; Mohamad Haffez Khairudin, 24; dan Ifaiznor Ismail, 29.

Mohd Hanif berasal dari Johor dan Ahmad Fikri dari Kelantan adalah anggota Batalion ke-12 Rejimen Askar Melayu Diraja yang berpangkalan di Kuantan dan bertugas selama tiga bulan di Kem Sri Kinabatangan sejak 15 Julai lepas. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment