Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, August 14, 2014


Beberapa bulan lepas, kecoh isu Joe Flizzow pakai baju yang mempunyai kaitan dengan perkataan lucah.

Isu yang dibiarkan tergantung itu akhirnya dijawab oleh Joe Flizzow melalui portal hiburan Murai.com. Joe Flizzow menjelaskan dia telah digunakan oleh dua individu yang memakai baju yang mempunyai perkataan lucah.

Mengikut Joe Flizzow, dia diminta untuk memakai baju dengan tulisan 'Jantan' dalam satu upacara fesyen sebelum mereka mengajaknya bergambar.

Tetapi selepas bergambar, dia sedar akan perkataan lucah tersebut dan meminta agar kedua-dua tidak memuat naik gambar tersebut ke laman sosial.

Tapi malangnya dua individu terbabit tidak endah akan permintaan Joe Flizzow dan gambar tersebut tersebar luas.

Joe walaubagaimana pun meminta maaf atas kecuaian dirinya kerana kurang peka terhadap niat individu terbabit - SiakapKeli.com

0 comments:

Post a Comment