Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, August 8, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR 8 Ogos - Kerajaan Palestin menghargai sokongan berterusan Malaysia dalam menghulurkan bantuan dari segi kewangan dan perubatan yang amat diperlukan oleh penduduk negara itu berikutan serangan udara besar-besaran oleh rejim Israel sejak bulan lepas.

Duta Besar Palestin ke Malaysia, Dr. Anwar H. Al Agha berkata, negara itu amat berterima kasih dan mengharapkan sokongan padu Malaysia bagi membantunya meskipun kerajaan Israel mereka pelbagai cerita berkaitan sejarah Palestin.

"Kami harap Malaysia akan terus berdiri teguh di sisi kami," katanya kepada pemberita selepas menghadiri protes menerusi langkah memboikot barangan Israel di Jalan Masjid India di sini hari ini.

Berikutan peningkatan sokongan komuniti antarabangsa, Dr Anwar berharap situasi di Palestin ketika ini, yang berlaku sejak 66 tahun lepas, mampu diselesai dan ia akan menjadi sebuah negara yang merdeka suatu hari nanti.

Sejak Palestin diserang, pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) di Malaysia bergabung bagi memprotes kekejaman Israel terhadap orang awam di Gaza.

Dalam perkembangan lain, Dr Anwar berkata satu delegasi dari Malaysia termasuk doktor perubatan akan berlepas ke Gaza tidak lama lagi. - BERNAMA

0 comments:

Post a Comment