Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, August 14, 2014

No Comment

“Kami tinggal bersama sewaktu tempoh edah,” kongsi bekas ahli kumpulan VIP, Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman apabila ditanya mengenai perkara yang dilakukannya dalam usaha untuk kembali merujuk bersama isterinya, Fiza Halim.

“Apabila saya bekerja di luar, saya akan duduk di rumah saya di Damansara dan apabila saya ada masa terluang, saya akan duduk di rumah Fiza di Taman Melawati. Bukan hari-hari tapi ada masanya. Saya ada menonton ceramah Ustaz Azhar idrus di Youtube dan dia memberitahu mengenai hukum-hakam bagi mereka yang sudah bercerai.

Kami hanya bercerai talak satu dan dia masih isteri saya. Saya masih perlu jaga makan dan pakainya. Wajib sebenarnya bagi pasangan yang bercerai untuk tinggal bersama sepanjang tempoh edah, namun cuma tak boleh bersama dan harus tinggal di bilik yang berasingan,” ujar Adam yang turut melakukan solat Istiqharah untuk mendapatkan petunjuk.

“Selain melakukan solat Istiqharah, saya turut mengamalkan daa-doa seharian agar jodoh kami berpanjangan. Kami juga berusaha untuk memperbaiki kelemahan diri masing-masing. Selain doa saya, Fiza dan keluarga kami, doa tidak henti daripada peminat juga memainkan peranan penting dalam penyatuan semula kami,” tutur Adam sambil berkongsi mengenai pengalaman rujuknya dengan bekas anggota Elite itu.



“Faktor utama yang membawa ke arah rujuk ini adalah kerana kasih sayang antara kami masih kuat. Masing-masing mahukan perkara ini (rujuk), lebih-lebih lagi ini merupakan perkahwinan pertama saya. Sejujurnya sepanjang tempoh edah itu, kami tidak bercakap secara terus mengenai niat mahu merujuk kembali. 

Kami tidak bercakap mengenai soal rujuk bukan kerana ego, namun kami menggunakan tempoh edah itu untuk berfikir secara mendalam. Kami berfikir panjang dan bertanya sama ada selepas bersatu semula, adakah kami akan serasi lagi. Apa yang kami tahu, masing-masing mahukan perkara ini dan kami sedar yang kami perlukan antara satu sama lain,” kata Adam sambil menganggap segala yang berlaku ada hikmahnya.

Alhamdulillah, segala usaha kami selama ini membuahkan hasil. Lagipun punca perceraian kami bukan disebabkan ada orang ketiga atau pun melibatkan pergaduhan yang besar, jadi tiada masalah untuk kami kembali bersama. Perceraian kami lebih kepada tekanan yang teramat sangat dan kami menggunakan tempoh edah ini untuk muhasabah diri.

“Bagi saya tidak ada penyesalan ketika saya membuat keputusan untuk melafazkan cerai pada masa itu kerana ia memberi masa kepada kami untuk memperbaiki kesilapan masing-masing. Saya anggap apa yang berlaku adalah takdir dan saya percaya setiap hamba Allah diberi ujian yang pelbagai atas kemampuan diri masing-masing. Saya redha dan sentiasa meminta doa agar diberi petunjuk,” ujarnya yang kini bahagia kembali di samping Fiza.

“Alhamdulillah, saya kini bahagia. Susah sebenarnya hidup jika tak ada isteri sebab saya ini bukan jenis lelaki yang pengemas. Tidak dinafikan apabila kembali solo sekejap, bilik saya dah jadi huru-hara sebab banyak sangat baju yang tak lipat. Alhamdulillah bila dah ada isteri, hidup saya lebih teratur. Fiza seorang yang rajin dan sangat arif dari segi penjagaan rumah. Saya harap semoga perkahwinan kami berkekalan hingga ke akhir hayat,” tutur Adam mengakhiri perbualan.



Kredit foto : Mohammad Zulkifli bin Tahir
Kredit penulisan: Gua.com.my

0 comments:

Post a Comment